Soalan Lazim
Sebarang pertanyaan sila nyatakan di ruangan komen di bawah
Soalan 1 : Berbaloikah saya mendapatkan khidmat fotografi dengan bajet perkahwinan yang terhad
Jawapan : Berbaloi..baloi.. kerana hanya kenangan yang diabadikan secara sempurna kedalam album yang dapat menceritakan segala peristiwa hari bahagia anda kepada generasi anda berikutnya, segala kos yang dilaburkan kepada kenduri kahwin , pelamin dan sebagainya akan lenyap tanpa sedikit kenangan yang diabadikan.
———————————————————————————————————————————————————-
Soalan 2 : Saya berminat untuk mengambil lanlara sebagai jurufoto perkahwinan saya , bagaimana caranya ?
Jawapan: Anda boleh menghubungi saya ditalian 0179700969 atau sms nama, alamat , tarikh majlis,saya akan menghubungi anda ,sekiranya anda bersetuju maka rm 100 deposit perlu dijelaskan sebagai menetapkan tarikh.
—————————————————————————————————————————————————————-
Soalan 3 : Apakah suntingan(editing), sejauh manakah ianya perlu bagi setiap foto yang diambil?
Jawapan : Editing merupakah perkara terpenting didalam dunia fotografi, anda membayar ratusan ringgit kepada jurusolek untuk kelihatan sempurna di majlis perkahwinan anda, begitu juga pentingnya editing bagi menyempurnakan foto perkahwinan anda.
————————————————————————————————————————————————————-
Soalan 4: Saya berminat untuk mengabadikan kenangan kedalam bentuk storybook, tetapi mengapakah ianya mengambil masa yang lama untuk disiapkan?
Jawapan : Storybook merupakan produk berkualiti dan agak mahal, maka ianya perlu melalui proses editing yang teliti disamping proses percetakannya yang rumit seperti “thermal hot press”,laminating dan pelbagai proses lagi yang lanlara sendiri tidak berkesempatan untuk mempelajarinya, produk storybook menggabungkan seni fotografi dan percetakan didalam satu hasil yang kukuh dan tahan lama, proses percetakan ini memerlukan storybook dihantar secara kumpulan iaitu produk ini akan di cetak dan dibukukan dalam jumlah tertentu secara serentak dan tidak boleh disiapkan secara berasingan. Produk lain seperti sticky album akan diserahkan 2 minggu sejurus pengambaran dilakukan.
———————————————————————————————————————————————————————————–
Soalan 5: Saya berminat untuk pakej outdoor, kenapa tidak dinyatakan didalam pakej?
Jawapan : Outdoor bergantung kepada masa yang ditetapkan , jika majlis anda hanya memakan masa 4 jam , maka baki masa 2 jam didalam pakej boleh digunakan sekiranya terdapat tempat menarik sekitar rumah anda, jika berminat untuk outdoor ditempat lain jauh dari majlis atau hari yang berbeza, anda tertakluk kepada syarat kadar dan caj yang telah ditetapkan , sila klik disini kadar untuk sebarang penambahan masa kerja , bilangan foto , caj pengangkutan dan sebagainya.
Sekiranya masih ragu-ragu anda digalakkan terus berhubung dengan saya melalui:




















